Ahad, 5 September 2010

TAKRIF MORFOLOGI

Morfologi merupakan bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya.
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata.
Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna .
Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa,sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,pemajmukan,dan penggandaan.
Golongan kata ialah proses mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Justeru,morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dalam bahasa Melayu.
Unit terkecil dalam morfologi ialah morfem.
Morfem berperanan untuk membentuk perkataan.
Sesuatu perkataan itu mungkin terdiri daripada satu, dua,tiga,atau lebih morfem.
Misalnya, perkataan jatuh merupakan satu morfem, tetapi perkataan 'terjatuh' dan 'menjatuhkan' terdiri daripada dua dan tiga morfem, iaitu 'ter + jatuh' dan men + jatuh + kan'.
Hal ini menunjukkan bahawa imbuhan juga ialah morfem dan disebut sebagai morfem terikat, manakala kata dasar pula disebut sebagai morfem bebas. Morfem terikat ialah morfem yang tidak dapat berdiri sendiri dan hanya wujud bersama- sama dengan morfem lain.
Morfem bebas ialah morfem yang dapat berdiri sendiri dalam ayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan