Ahad, 5 September 2010

KATA MAJMUK



Apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu maksud,wujud bentuk baharu yang disebut kata majmuk.
Hal ini bermakna kata majmuk bermakna proses merangkaikan dua atau lebih kata dasar dan bentuk yang terhasil itu membawa makna yang tertentu, misalnya 'balai raya', 'rumah tangga', 'Ketua Menteri' dan 'Timbalan Ketua Pengarah'.

Bentuk Kata Majmuk

Kata majmuk rangkai kata bebas

Contoh: alat tulis
             jam tangan
             terima kasih


Kata majmuk istilah khusus

Contoh: keratan rentas
             garis lurus
             tabung uji


Kata majmuk simpulan bahasa atau kiasan
Contoh:cepat tangan
             makan hati
             senyum simpul


Kekecualian Bentuk Kata Majmuk

Terdapat kekecualian bentuk pada sebilangan kata majmuk, iaitu kata ini dieja sebagai satu perkataan walaupun sebenarnya terdiri daripada dua kata dasar.

Contoh: Padahal, antarabangsa, bumiputera.

Penggandaan Kata Majmuk

Apabila kata majmuk digandakan,hanya melibatkan unsur pertama sahaja.

Walau bagaimanapun,bagi kata majmuk yang terdiri daripada simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap,penggandaan melibatkan seluruh unsurnya.
Contoh: jam-jam tangan, jalan-jalan raya, timbalan-timbalan pengarah, pesuruhjaya-pesuruhjaya, warganegara-warganegara, buah hati-buah hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan