Ahad, 5 September 2010

KATA NAMA

Kata nama ialah perkataan yang dapat menerbitkan frasa nama. Kata nama menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama,manakala perkataan lain yang hadir dalam binaan frasa nama itu hanya sebagai penentu atau penerang.
Contoh:



Frasa Nama
Penentu Kata nama Penerang
semua pelajar kursus perguruan
sebilangan guru sekolah rendah

Terdapat 3 golongan kata nama iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.


Kata Nama Am

Kata nama am ialah semua perktaan brsifat umum yang digunakan bagi merujuk kepada benda, perkara, proses, kejadian, keadaan atau seumpamanya.


Jenis Kata Nama Am


Jenis Contoh
Kata nama am hidup manusia guru, penulis, abang, bapa,puan, pensyarah
Kata nama am bukan manusia harimau, malaikat, hantu, bidadari, pokok, ikan
Kata nama am tidak hidup bangunan, laut, ombak, negeri, lorong, meja, telefon
Kata nama am abstrak kesalahan, kejituan, kenamaan, ketuanan, roh, rahmat, udara

Kata Nama Khas

Kata nama khas digunakn khusus nagi merujuk manusia, benda, tempat, negara, istitusi dan seumpamanya.


Jenis Kata Nama Khas


Jenis Contoh
Kata nama khas hidup manusia Puteri Balqis, Norini, Yuri Gagarin, Puspadevi, Wong Ah Hiong
Kata nama khas bukan manusia Si Manja, Pak Belang, Sang Lamri, Si Bongkok
Kata nama khas tidak hidup Negeri Sembilan, Nokia, Melayu, Hikayat Raja Pasai

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan bagi menggantikan nama orang atau benda yang tidak dapat disebut secara khusus.


Jenis Kata Ganti Nama

Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang digunakan bagi menggantikan nama benda atau perkara yang ditunjukkan.
Contoh: Buku
ini buku latihan adik.
             Ideanya
itu sungguh bernas.


Kata Ganti Nama Tanya

Kata ganti nama tanya ialah perkataan yang digunakan yang merujuk orang atau benda dalam bentuk tanya.
Contoh:
Apakah judul kertas kerja kamu?
           
 Siapakah pemilik rumah ini?


Kata Ganti Nama Diri Orang

Kata ganti nama diri orang ialah perkataan yang digunakan bagi menggantikan nama orang. Kta nama ini terbahagi kepada tiga,iaitu:



  • Ganti nama diri orang pertama
Contoh: saya, aku, beta, patik, hamba, kami, kita

  • Ganti nama diri orang kedua
Contoh: engkau, awak, saudara, encik, tuanku, tuan, puan

  • Ganti nama diri orang ketiga
Contoh: dia, baginda, beliau, -nya, mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan