Ahad, 5 September 2010

FRASA DAN BINAAN FRASA



Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua patah perkataan ataupun satu patah perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua patah perkataan atau lebih.

Frasa Nama

Frasa nama ialah frasa yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.Unsur inti boleh wujud secara bersendirian sebagai satu patah perkataan ataupun diikuti oleh penerang sesudah unsur inti tersebut.
Contoh :

Abang menuntut di universiti. 
Abang sulung keluarga itu menuntut di universiti.

Frasa Kerja

Frasa kerja ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya.

Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa seperti contoh yang berikut:


        SubjekPredikat
Budak itumenjerit sekuat-kuat hatinya
Atlet ituberlari sepantas kilat
Wangnyatersimpan dalam amanah saham

Frasa Adjektif

Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif atau kata sifat sebagai unsur intinya.

Frasa adjektif bertugas sebagau predikat dalam susunan ayat biasa seperti contoh yang berikut:


SubjekPredikat
Murid itubijak sungguh
Keretanya bersih sekali
Meja kayu itusangat kukuh

Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada satu kata sendi nama yang diikuti oleh satu frasa nama sebagai pelengkap kepada kata sendi nama itu.
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
Contohnya: dari, daripada, ke, kepada, pada, untuk, oleh dan sebagainya.
Dalam susunan ayat biasa,frasa sendi nama menduduki bahagian predikat ayat.

Contoh:


Subjek (Frasa Nama)Predikat (Frasa Sendi Nama)
Kerusi itudaripada kayu jati
Keretanyadi pusat servis
Filem itutentang peperangan

Secara umumnya,frasa sendi nama mempunyai tiga pola binaan seperti yang berikut:

(a) Kata Sendi Nama + Frasa Nama


Binaan ini terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti oleh satu kata nama sebagai pelengkap.

Contoh:




Kata Sendi NamaFrasa nama
 sejak semalam
 daripada kayu jati
 untuk murid cemerlang 
 dengan  kesabarannya
 pada dinding rumah

(b) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama


Binaan ini terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti oleh frasa nama yang didahului oleh kata arah sebagai unsur pilihan.

Contoh:


Frasa Nama
Kata Sendi NamaKata ArahKata Nama
di hadapan sekolah
kebelakangkedai

(c) Kata Sendi Nama +( Kata Arah) + Frasa Nama + (Keterangan)


Satu lagi binaan frasa sendi nama terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti oleh unsur keterangan yang hadir secara pilihan.
Contoh:



Kata Sendi NamaKata ArahFrasa NamaKeterangan
keutaratanah airsetiap tahun
keutaratanah air-
daribelakangrumahdengan datuk
daribelakangrumah-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan