Ahad, 5 September 2010

PROSES PEMBENTUKAN KATA


a) Akronim

Pembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakannya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar.

Proses ini banyak berlaku dalm bahasa Melayu pada hari ini.
Contohnya:
JAIS- Jabatan Agama Islam Selangor
IPBA- Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa

b)
Analogi


Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk kata yang telah sedia ada yang telah digunakan sejak dahulu. Misalnya,perkataan
tatabahasa memang telah sedia ada melalui proses analogi, diciptakan pula bentuk- bentuk seperti tatatertib, tatacara dan tatahias. Contoh:

prasangka - prasarana, prasekolah, prauniversiti
jurunikah - juruwang, juruaudit, juruacara, juruhebah

c)
Peleburan fonem


Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan cara menggabungkan perkataan agar menjadi satu kata dengan meleburkan atau menggugurkan fonem- fonem tertentu. Misalnya perkataan 'benda + alir' menjadi 'bendalir',terbentuk setelah satu fonem vokal /a/ digugurkan.

d)
Peluasan makna


Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Misalnya,perkataan family dalam bahasa inggeris bermakna keluarga,tetapi perkataan ini telah diperluaskan maknanya menjadi '
famili' yang bukan sahaja kepada manusia, malahan kepada haiwan juga.

e)
Pemberian makna khusus


Dalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah. Misalnya, perkataan surih pada asalnya bermaksud 'bekas atau kesan yang dilalui oleh sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput di atas daun pisang'. Melalui pemberian makna khusus,surih juga membawa maksud 'meniru atau melukis peta'.

f)
Peminjaman kata


Proses ini berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau  istilah sedemikian.

Contoh: element - elemen magistrate - majistret

g)
Penambahan


Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambah kepada kata akar satu suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga. Contohnya, kata akar satu suku kata bu merujuk kepada benda-benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata lain untuk menunjukkan benda-benda yang berbentuk bulat.

Contoh:
bu + kit = bukit
bu + lan = bulan
bu + luh = buluh

h)
Penciptaan


Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau dihasilkan tanpa disandarkan kepada perbendaharaan kata yang sedia ada.

Dalam proses ini,perkataan dicipta berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau yang dikiaskan kepada sesuatu benda.
Misalnya,perkataan kiwi merujuk kepada nama sejenis burung di New Zealand. Daripada makna tersebut,dicipta pula perkataan  mengiwi yang bermaksud 'perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas'

i)
Penggemblengan


Perkataan yang dibentuk melalui proses penggemblengan adalah dengan cara menggabungkan dua patah perkataan atau lebih, disamping menggugurkan bahagian yang lain daripada perkataan tersebut.

Misalnya:
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Proton - Perusahaan Otomobil Malaysia

j)
Penyempitan makna


Pembentukan kata dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia adadan kemudian disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih umum.

Misalnya,perkataan tuan puteri mempunyai makna khusus,iaitu 'panggilan wanita bangsawan atau wanita berketurunan raja'.
Sebaliknya,pada hari ini terdapat perkataan tuan sahaja yang merujuk kepada orang lelaki yang patut dihormati.

k)
Penyingkatan


Melalui proses penyingkatan ini,perkataan- perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan sering dianggap sebagai satu perkataan sahaja.

Contoh:
tv - televisyen
Dr. - Doktor
Prof. - Profesor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan