Ahad, 5 September 2010

KATA TUGAS

Semua golongan yang bukan kata nama, kata kerja 
dan kata adjektif.
Perkataan yang hadir dalam binaan frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis.

Jenis Kata Tugas

Terdiri daripada tiga jenis utama :
a) Kata penyambung ayat
b) Kata praklausa
c) Kata prafrasa

Kata Penyambung Ayat

Kata Hubung Gabungan

- Perkataan yang menghubungkan dua atau lebih klausa yang sama tara seperti atau, sambil, serta.
Contoh:
Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok
Kakak memandu kereta sambil mendengar radio

Kata Hubung Pancangan

-Terbahagi kepada tiga:

(i) Kata hubung pancangan relatif
Terdiri daripada perkataan ‘yang’ iaitu kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan
klausa kecil.

Contoh:
Kakak memujuk adik yang sedang menangis itu.

(ii) Kata Hubung Pancangan Komplemen


Terdiri daripada perkataan ‘bahawa’ dan ‘untuk’,
 
Menghubungkan klausa pelengkap kepada satu klausa utama.
Contoh:
Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.
Fairuz datang untuk menziarahi kawan baiknya.

(iii) Kata Hubung Pancangan Keterangan

Menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan.
Semoga, ketika, sekiranya, sungguhpun, tatkala
Contoh;
Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya.
Dia dirawat di hospital kerana kemalangan jalan raya

Kata Praklausa

Perkataan yang berada di bahagian hadapan klausa dan bertugas untuk menimbulkan seruan, pertanyaan
atau penerang pangkal klausa.


Kata Seru


Melahirkan berbagai-bagai perasaan.
Menggunakan penanda seru pada akhir ayat.

Contoh:
Wah, cantiknya rumah itu!

Kata Perintah


Perkataan yang digunakan untuk menyampaikan arahan,larangan,suruhan atau permintaan.

Kata Pangkal Ayat


Perkataan yang digunakan sebagai penanda kesinambungan ayat dalam wacana dan kedudukannya
adalah pada bahagian hadapan ayat. Kata ini banyak terdapat dalam teks klasik.

Contoh:
Adapun Sebermula Syahadan
Alkisah Maka Hatta

Kata Prafrausa

Perkataan yang terletak di bahagian hadapan frasa seperti frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
Terbahagi kepada beberapa jenis.

Kata Bantu

Kata bantu aspek
 

- Suasana perbezaan masa.
- Pernah,sudah,telah,belum,sedang,masih
Contoh : Dia masih belajar.

Kata bantu ragam 

- Menyatakan atau menerangkan ragam perasaan berkaitan perbuatan yang dilakukan.
- Harus, mahu, hendak, mesti, boleh, dapat.
Contoh : Rina hendak berhijrah ke Kuala Lumpur

Kata Penguat

Perkataan yang digunakan bagi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.

Kata penguat hadapan


kedudukannya adalah di hadapan kata adjektif.
- Paling, terlalu, agak.
- Contoh : Maimunah adalah gadis paling comel di institut itu.

Kata penguat belakang


Di belakang kata adjektif.
- Sekali, benar, dan nian
- Contoh : Indah nian

Kata penguat bebas


Sama ada di hadapan atau belakang kata adjektif.
- Sungguh, amat, sangat
- Contoh : Dia sangat gembira / Dia gembira sungguh.

Kata Penegas

Juga disebut sebagai partikel iaitu perkataan yang digunakan bagi memberikan penekanan pada bahagian
tertentu dalam ayat.

Kata yang menegaskan frasa predikat, iaitu apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan.
- Contoh : Faiza memakai baju berwarna merah
 
Siapakah yang memakai baju merah itu? 
 
Kata Nafi

Perkataan yang digunakan bagi menafikan atau menidakkan seseorang atau sesuatu perkara.
Tidak dan bukan
Contoh :
Baju ini bukan untuk Suzi tetapi untuk adik saya.
Sungai itu tidak dalam sangat.

Kata Pemeri

Perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam predikat ayat.
Contoh :
Dia ialah sasterawan negara.
Buku itu adalah kepunyaan adik.

Kata Arah

Menunjukkan hala atau jurusan sesuatu perkara.
Digunakan sebelum frasa nama dan lazimnya disertai oleh kata sendi nama.
Contoh :
Bola itu di bawah meja.

Kata Bilangan

Jumlah atau bilangan sesuatu perkara, orang atau benda. Kata ini terbahagi kepada lima :
- Bilangan tentu : satu, dua, tiga, empat - Bilangan tak tentu : beberapa, seluruh- Bilangan himpunan : bertin-tin, berhari-hari- Bilangan pisahan : masing-masing, tiap-tiap- Bilangan pecahan : separuh, setengah
 

Kata Sendi Nama

Biasanya terdapat pada bahagian hadapan frasa nama.
Contoh :
di, ke, pada, kepada, daripada, dari, untuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan