Ahad, 5 September 2010

RAGAM AYAT




AYAT AKTIF

Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek sebagai unsur yang diterangkan.Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan tak transitif.
Contoh:
1. Mereka sedang membaca buku.(aktif transitif)
2. Kami sedang berbua-bual di anjung rumah.(aktif tak transitif)

Dalam ayat 1, 
mereka merupakah subjek yang diutamakan, kata kerja membaca diikuti oleh buku yang menjadi objek atau penyambut.
Dalam ayat 2, kami diutamakan dan tidak ada objek. 
Di anjung rumah hanyalah frasa keterangan tempat dan bukan objek.


AYAT PASIF


Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai subjek atau unsur yang diterangkan dan mengandungi kata kerja. Ayat pasif berasal daripada ayat aktif transitif yang mengalami perubahan struktur.
Contoh:
1. Buku itu saya baca.
2. Panggilan telefon telah dijawab oleh Puan Intan.

Dalam ayat 1, 
Buku itu ialah subjek dan saya baca ialah predikat.
Dalam ayat 2, Panggilan telefon ialah subjek, dan 
telah dijawab oleh Puan Intan ialah predikat.




KLAUSA

Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.
Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsure utama yang wajib untuk status ayat.
Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas

Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan denan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut:

Klausa Ayat
Subjek Predikat Subjek Predikat
budak itu mendengar radio Budak itu mendengar radio
ujian tadi amat susah Ujian tadi amat susah
jambatan itu jambatan kayu Jambatan itu jambatan kayu
mereka ke pantai Mereka ke pantai

Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali.
Ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan nokhta, manakala klausa tidak.

Klausa Tak Bebas


Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dean klausa bebas, yakni ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat.
Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.

Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan denganteliti terlebih dahulu.
Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga.
Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.
Kalau hujan turun berlarutanpenoreh getah akan menghadapi masalah kewangan.

Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancanan dan ayat campuran.
Ini kerana ayat-ayat ini mempunayi dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas.
Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu.

AYAT

Ayat merupakan unsur penting dalam kajian bahasa.
Setiap bahasa mempunyai ayat yang berbagai-bagai bentuk dan bilangan yang tidak terhad.
Unsur yang terkandung dalam ayat ialah klausa dan bilangan klausa dalam sesusuatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut,sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk.
Pada umumnya,ayat hanya terdiri daripada dua bentuk,iaitu ayat dasar yang disebut juga sebagai ayat inti dab ayat terbitan.
Ayat terbitan ialah ayat yang dihasilkan daripada ayat dasar melalui proses peluasan,pengguguran dan penyusunan semula unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu ayat dasar.

JENIS AYAT



Ayat Penyata



Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan.
Contoh:
Mereka berkumpul di padang sekolah.

              Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu
              Bangunan sekolah sudah tua.
              Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.

Ayat Tanya


Untuk bertanya atau menyoal.

Ayat tanya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:


i. Ayat tanya tanpa kata tanya
contoh:
Dia ke kedai lagi?Dr. Mahathir ke White House?
Perempuan tua itu ibunya?

ii. Ayat tanya dengan kata tanya atau sendi nama
contoh:
Cikgu kamu siapa?Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel)
Saudari tinggal di mana?
Di manakah saudari tinggal?.(kata tanya dengan partikel)
Cikgu kamu siapa?
Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel)
Saudari tingal di mana?
Di manakah saudari tinggal?.(kata tanya degan partikel)

Ayat Perintah


Bertujuan menimbulkan tindak balas daripada orang kedua.

Umumnya tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan, dan permintaan.
Untuk tujuan suruhan, larangan, silaan dan permintaan, maka ayat perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan sebagainya.
Ayat Silaan


Ayat silaan ialah untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan sesuatu. Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila.
Partikel -lah juga boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
contoh:
Sila jawap surat ini sekarangSilalah jawap surat ini sekarang. (Lebih lembut)

Ayat Permintaan


Ayat permintaan bertujuan meminta sesuatu dan biasanya menggunakan kata perintah tolong dan minta
Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan lagi ayat.



FRASA DAN BINAAN FRASA



Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua patah perkataan ataupun satu patah perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua patah perkataan atau lebih.

Frasa Nama

Frasa nama ialah frasa yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.Unsur inti boleh wujud secara bersendirian sebagai satu patah perkataan ataupun diikuti oleh penerang sesudah unsur inti tersebut.
Contoh :

Abang menuntut di universiti. 
Abang sulung keluarga itu menuntut di universiti.

Frasa Kerja

Frasa kerja ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya.

Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa seperti contoh yang berikut:


        SubjekPredikat
Budak itumenjerit sekuat-kuat hatinya
Atlet ituberlari sepantas kilat
Wangnyatersimpan dalam amanah saham

Frasa Adjektif

Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif atau kata sifat sebagai unsur intinya.

Frasa adjektif bertugas sebagau predikat dalam susunan ayat biasa seperti contoh yang berikut:


SubjekPredikat
Murid itubijak sungguh
Keretanya bersih sekali
Meja kayu itusangat kukuh

Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada satu kata sendi nama yang diikuti oleh satu frasa nama sebagai pelengkap kepada kata sendi nama itu.
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
Contohnya: dari, daripada, ke, kepada, pada, untuk, oleh dan sebagainya.
Dalam susunan ayat biasa,frasa sendi nama menduduki bahagian predikat ayat.

Contoh:


Subjek (Frasa Nama)Predikat (Frasa Sendi Nama)
Kerusi itudaripada kayu jati
Keretanyadi pusat servis
Filem itutentang peperangan

Secara umumnya,frasa sendi nama mempunyai tiga pola binaan seperti yang berikut:

(a) Kata Sendi Nama + Frasa Nama


Binaan ini terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti oleh satu kata nama sebagai pelengkap.

Contoh:




Kata Sendi NamaFrasa nama
 sejak semalam
 daripada kayu jati
 untuk murid cemerlang 
 dengan  kesabarannya
 pada dinding rumah

(b) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama


Binaan ini terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti oleh frasa nama yang didahului oleh kata arah sebagai unsur pilihan.

Contoh:


Frasa Nama
Kata Sendi NamaKata ArahKata Nama
di hadapan sekolah
kebelakangkedai

(c) Kata Sendi Nama +( Kata Arah) + Frasa Nama + (Keterangan)


Satu lagi binaan frasa sendi nama terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti oleh unsur keterangan yang hadir secara pilihan.
Contoh:



Kata Sendi NamaKata ArahFrasa NamaKeterangan
keutaratanah airsetiap tahun
keutaratanah air-
daribelakangrumahdengan datuk
daribelakangrumah-

KATA ADJEKTIF




Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.







Jenis-jenis kata Adjektif

Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.

Adjektif Jati

Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh:
Buku itu berwarna biru.

Budak kurus itu kawan saya.




Adjektif Bilangan atau pecahan



Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh:
Ayah memiliki dua buah kereta.
Saya membeli beberapa kuntum bunga.






Adjektif Tunjuk





Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
Contoh:
Baju ini mahal harganya.
Perkara demikian jangan diulangi lagi.





Adjektif pencerai / pengasingan



Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.Contoh:
Setiap pelajar mesti berdiplin.
Ambil barang masing-masing.

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan


Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:


(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar 
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh 
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal


(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat
(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum